about


Buku selain dari my seksi kamera, adalah best friend aku. Kepala katil aku berterabur dengan pelbagai genre buku yang kadang-kadang aku tak baca pun ... cuma aku selalu berharap yang aku tidak berhenti membaca ... jadi aku letak buku-buku aku di tepi katil supaya aku at least cuba untuk membaca sebelum tidur.

Beberapa tahun kebelakangan ni disebabkan kekangan masa dan habit ber "social network" aku jadi kurang membaca. Aku jadi lebih memilih ... buku-buku yg aku baca dari pelbagai genre ... ikut halwa minda dan perasaan aku masa tu. Kalau jiwa aku agak jiwang pada sesuatu waktu ... maka moody dan jiwang lah buku pilihan aku. Aku jadi cepat bosan dengan bahan-bahan bacaan yg kurang challenging untuk minda hyper aku.

Aku masih berusaha untuk sentiasa membaca In Sha Allah.

Terfikir ... jika aku simpan dan kongsi buku-buku kegemaran aku di dalam blog ini mungkin boleh membawa menfaat. Mungkin juga aku akan 'invite' ulat-ulat buku lain untuk menyumbang beberapa post tentang buku kegemaran dorang In Sha Allah ...

Terima kasih daun keladi kepada yang sudi singgah dan membaca di sini.  Sharing is caring ... right?


MM

No comments:

Post a Comment

Lynsey Addario

"It's what I do" ~ Lynsey Addario Baru je lepas khatam buku ni. Lama betul nak jump start balik mood membaca dalam di...